Friday, June 17, 2011

Kasih Bapa

Suatu ketika Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu dan beberapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua. Lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, “apakah perihalnya kamu ini?” Perempuan itu menjawab, “yang aku dukung ini adalah ayahku. Dia sudah tua (nyanyuk) dan mahu bermain denganku” Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu teruja dengan kejadian itu lalu berkata, “wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. Beliau telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya” Perempuan itu membalas, “tidak ya Amir al-Mu’minin. Aku belum menunaikan hak bapaku ke atas diriku. Semasa dia menjaga aku ketika aku kecil, dia mendoakan panjang umurku. Tetapi semasa aku menjaganya ketika dia tua. Aku tertanya-tanya bilakah orang tua ini akan mati!” (di petik dari http://saifulislam.com/4108) Sesungguhnya kamu jika berbakti kepada kedua ibu bapamu tidak akan dapat menandingi kehebatan kasih sayang mereka pada kamu. Kasih sayang yang mereka limpahan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Sedangkan kamu berbakti kepada mereka dan mengharapkanbalasan, samada ganjaran di dunia atau akhirat dan tidak kurang juga yang menanti-nanti kematian mereka. * Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Siapa yang suka untuk dipanjangkan umur dan ditambahkan rezeki, maka berbaktilah kepada ibu bapa dan sambunglah tali silaturrahim dengan kerabat.” (HR Imam Ahmad) Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Kehinaan bagi sesiapa yang memiliki kedua ibu-bapanya yang tua salah seorang atau kedua-duanya, dan tidak dapat memasuki syurga.” (HR Muslim) “Dan rendahkanlah dirimu terhadap ibu dan bapa kamu dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mengasihi aku pada waktu aku kecil” (al-Isra’ ayat 24) *

Sunday, February 7, 2010

Kini Kembali ........

Agak lama blog ini ditinggalkan. Sibuk! Itu adalah ungkapan mudah yang sering diluahkan . kadang-kala ungkapan itu benar... tetapi itu bukanlah ungkapan yang tepat untuk disebut.

Hampir sepuluh tahun 'daerah' ini ini ditinggalkan.. ditakdirkan dapat kembali... Kepulangan ini bagaikan sirih pulang ke gagang... ibarat belut pulang ke lumpur. Sejauhmana bidalan ini tepat atau tidak belum dapat dipastikan lagi.

Penghuninya tentulah berbeza... mereka hanya boleh bertahan selama 7 tahun... selepas itu, baik suka mahupun tidak... tempat ini pasti ditinggalkan... jadi kemunculan kembali ini .. tentulah berbeza orang yang akan ditemui...

Walaupun inidividunya berbeza... tapi dalam banyak hal, perlakuan sikap-sikap negatif masih sama seolah-olah warisan yang tidak dapat diubah. Kenapa begitu sukar untuk kita belajar yang baik? dan kenapa sikap yang negatif begitu cepat dicontohi? .... Aaaah takkan nak terus dibiarkan!!! Nampaknya cabaran makin besar semasa di sini....

Friday, October 9, 2009

5 Soalan Lazim

Di bawah terdapat beberapa soalan yang pernah kita dengar tatkala orang tua-tua bertemu. Sebahagiannya telah kita lalui. Mari kita perhatikan... apakah dialog yang sama pernah kita gunakan? Adakah kita sempat untuk sampai ke semua skrip tersebut? Soalan ini biasanya ditanya apabila sesekali bertemu kawan lama.

Jumpa kali pertama setelah lama berpisah...
1. Sudah kerja ke masih belajar? Kerja di mana?

Beberapa tahun kemudian...
2. Sudah kahwin?

Selang beberapa tahun... kembali bertemu....
3. Berapakah anak?

Lama tak jumpa... bernasib baik... terserempak...
4. Dah berapa orang cucu?

Soalan terakhir... setelah lama tak jumpa... bertanya pula tentang kawan-kawan...
5. Eh... Sipolan bin Sipolan tu masih ada lagi ke?

Itulah adalah soalan lazim. Sebahagian daripadanya telah kita lalui...mungkin kita tidak perasan. Apa pula persediaan kita untuk menghadapi 'persoalan' kepada soalan terakhir tadi?.

Sunday, October 4, 2009

Selamat Berjuang...

Pada hari ini, pelajar-pelajar tingkatan tiga telah mengorbankan masa menjejakkan kaki ke alam persekolahan selama 9 tahun, manakala pelajar tingkatan 5 hampir 11 tahun. Tempoh tersebut adalah satu jangkamasa yang agak panjang dan tentunya banyak wang yang telah dilaburkan oleh ibu bapa demi pendidikan anak-anak. Beberapa hari lagi, dari hari ini mereka akan berjuang untuk membuktikan pelaburan yang telah dibuat oleh ibubapa bukanlah sesuatu yang sia-sia. Oleh itu, perlu diingat tanggung jawab ini adalah amat besar. Iaitu melunaskan segala harapan mereka dengan memberikan hadiah yang paling istimewa melalui kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang akan ditempuh dalam jangkamasa yang terdekat ini.

Saya amat yakin bahawa semua guru telah berusaha dengan rela dan bersungguh-sungguh serta jujur dengan harapan semua pelajar akan lulus dengan baik dan berjaya dalam kehidupan yang lazimnya untuk tempoh masa 50/60/70 tahun lagi dari sekarang. Lama lagi! Semua guru telah berusaha dengan pelbagai kaedah dan pendekatan (pujuk, rayu, doa, menangis !!!) semua tu telah dibuat untuk memastikan pelajar-pelajar berjaya di dalam pelajaran seterusnya dalam kehidupan bermasyarakat yang dijangkakan agak panjang itu.

Kini tibalah masanya untuk pelajar pula membuktikan sejauhmana kita ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk menerima pemberian daripada para guru.

Kepada semua pelajar, sejak dulu lagi, kini dan selama-lamanya manusia yang waras akan mengatakan bahawa ilmu adalah segala-galanya. Kata-kata keramat yang pernah diungkapkan oleh orang yang sangat mulia di kalangan seluruh umat manusia dan tidak akan ada tolok bandingnya ialah :-

Yang bermaksud “ Sesiapa yang mahukan kesenangan/kejayaan hidup di dunia hendaklah berilmu dan sesiapa yang mahukan kejayaan di akhirat hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya (dunia dan akhirat) juga hendaklah ia berilmu.

Jelas ilmu itu merupakan satu elemen yang amat dalam usaha kita mengharungi kehidupan yang pasti lebin mencabar ini. Teringat juga saya kepada satu ungkapan lain berbunyi “if you fail to prepare, you are preparing to fail” Oleh sebab itu, kita perlu selalu merancang dan bersedia. Jika kita gagal bersedia bermakna kita sedang membuat persediaan untuk gagal!!!

Peperiksaan ini adalah satu perjuangan. Perjuangan ini umpama peperangan. Kepada semua pelajar buatlah persediaan yang sewajarnya demi perjuangan ini. Jagalah keselamatan, jagalah kesihatan. Untuk berjuang kesihatan itu penting. Keselamataan juga perlu. Bawalah alat-alatan yang sesuai untuk perjuangan ini. Kad Pengenalan, pen, pensel, pemadam, set geometri dan sebagainya. Bersesuaian dengan peperiksaan yang akan ditempuh pada hari-hari tersebut.
Datang biarlah awal – ini penting supaya kita tidak tergesa-gesa, bila mana tergesa-gesa, tumpuan mungkin terjejas.
Dan baliklah pada waktu yang sepatutnya. Jika ada peperiksaan pada waktu pagi dan petang buatlah persediaan supaya tidak perlu balik rumah terutamanya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu kini.

Insya’Allah pelajar yang selalu mendengar nasihat mereka akan berjaya. Pada hari ini ramai pelajar menganggap nasihat adalah sindiran. Nasihat adalah leteran. Sebenarnya ini adalah tanggapan yang salah. Kesimpulan mudah bagi orang-orang yang sesat. Berkata bijak pandai iaitu akan rosak dan binasalah sesuatu kelompok manusia bilamana segala nasihat yang diterima dikatakan sebagai sindiran. Saya amat yakin dan percaya ramai pelajar di sini boleh menerima nasihat dan bersedia mendengar teguran. Jadi terimalah segala nasihat dan teguran yang telah dibuat dengan hati dan minda yang terbuka. Fikirkan dan buatlah penilaian yang sewajarnya serta berubahlah daripada sikap yang tidak elok kepada perlakuan yang lebih wajar. Walaupun masa tidak pernah menanti dan menunggu kita namun kita masih tidak terlewat untuk sedar dan berubah.

Akhir sekali, pergilah berjuang wahai anak-anak didik tersayang. Berjuang dengan penuh persediaan dan keyakinan. Kami secara keseluruhannya akan mengiringi bersama doa ibubapa juga usaha para pelajar.

Sekian, semoga ucapan dan doa ini ada manfaatnya....

Wednesday, September 9, 2009

Solat Yang Tidak Diterima.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :-
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri dari medan peperangan.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
"Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
sumbangan penulis: mohd naim mohd zain

Tuesday, August 25, 2009

Merdeka. Oh! Merdeka.

Beberapa hari lagi... 31 Ogos akan menjelang tiba.. tarikh ini merupakan tarikh keramat yang amat bermakna bagi sebuah negara bernama Malaysia.... Pada tahun ini sambutan mungkin berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Mujurlah berbeza. (Bulan Ramadhan) Jika tidak..., kalaulah sambutannya macam beberapa tahun kebelakangan ini... saya amat bimbang itulah makna dan tafsiran yang akan diberikan oleh anak-anak zaman ini khususnya para remaja. Tafsiran mereka berdasarkan apa yang mereka lihat 2/3 tahun berlalu.. sambutannya sama - konsert-bunga api-countdown-jerit merdeka!
Pernah dua-tiga tahun dahulu, jika tanya apa yang mereka faham dengan hari merdeka? Jawapannya pada hari itu, dapat cuti... tak perlu bangun awal, boleh bangun lewat daripada biasa. Malamnya ada konsert di tv, ada persembahan bunga api di padang-padang umum.. malamnya ada perarakan membawa bendera dengan pelbagai cara dan boleh bebas keluar malam... menjerit-jerit. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Itulah yang mereka faham dengan merdeka.
Kenapa jadi begitu?

Friday, August 21, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Sekadar untuk berkongsi beberapa sms yang diterima sempena kedatangan Ramadhan... moga dapat ditatap bersama ....

1.Sabda Rasulallah saw "Barangsiapa yang merasa gembira dengan kedatangan Ramadhan, mereka adalah golongan yang diharamkan dari api neraka."

2. Perkataan yang cantik "Allah," ; Lagu yang merdu "Azan,"; Novel yang menarik "Al-Qur'an," Senaman yang terbaik "Solat,"; Diet yang terbaik "Puasa."

3. Indahnya dunia hanya sementara. Indahnya nikmat hanya seketika. Indahnya mimpi, sesuatu yang tidak pasti. Indahnya Ramadhan, sukar dicari ganti......


Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik kepada semua berbanding dengan tahun-tahun yang telah berlalu. Biar permulaanya rahmat, pertengahannya keampunan dan berakhir dengan dibebaskan daripada api neraka. Amin....