Showing posts with label Sabah 1993. Show all posts
Showing posts with label Sabah 1993. Show all posts

Friday, June 5, 2009

Taman St. John, Tuaran

Selepas waktu asar.... Dihantar oleh Cikgu Liamin, naik Lancer ke Taman St. John, ketika itu hujan rintik-rintik.. Sampai di rumah... Ust. Bakar sedang menggunting rambut Ust Rahim... Ariffin pun ada di rumah pada masa itu.

Hampir sebulan diraikan kerana kata mereka sudah 4 tahun cikgu Semenanjung tidak dipostingkan di Tuaran. Di sini saya mula mengenali ramai cikgu-cikgu senior semenanjung di Tuaran... Sekadar beberapa nama dicoretkan di sini... En. Azizan, En. Taulani Tumiran, Ust. Majid, Cikgu Latif & Ust. Amanisah, En. Nazri, Haji Halim, Ust Rahim, Cikgu Faiz, Cikgu Malik Mohd Noh dan ...... ada lagi. Ada yang bertugas di SMK Badin, SM St. John dan ramai juga menjadi pensyarah Maktab Perguruan Kent, Tuaran. Kemesraan dalam kalangan mereka amat terasa. Bila jauh daripada keluarga semua yang dekat bagaikan saudara...

Hampir setiap hujung minggu jamuan dari rumah ke rumah diadakan. Kata mereka, meraikan guru baru yang datang.. terasa amat dihargai. terima kasih kepada semua... antara yang menyambut dengan kenduri ialah Cikgu Halim, Cikgu Azizan, Ustazah Amanisah & Cikgu Latif, Cikgu Malik, Ustaz Rahim ... kepada mereka semua ... terima kasih. Jasa kalian akan terus di kenang.

Thursday, June 4, 2009

Hari-Hari Awal Di Sabah

Kami di tempatkan di Kompleks Sukan Likas... 2 atau 3 hari di situ. Esoknya bangun awal pagi. Masa tu jam 5.XX pagi. Rasanya sangat awal. Mandi sepuas-puasnya dan bila selesai mandi tengok di luar sangat terang. Alamak macam mana waktu subuh. Matahari dah meninggi rupanya. Barulah tau ... Sebenarnya jam 4.XX pagi waktu subuh dah masuk. Jam 6.00 waktu dah pun habis.... Di sini kalau masih biasa dengan waktu di Semenanjung... alamat subuh gajah la.... Hari terakhir di Kompleks Sukan ... surat-surat penempatan diedarkan... Satu demi satu nama dipanggil dan surat penempatan diterima... yang ke Sandakan, Tawau atau Labuan surat penempatan turut disertai tiket naik belon... terbang lagi! Ada yang seronok tetapi ramai yang mengeluh. Saya di tempatkan di SMK Badin, Tuaran. Dari Kota Kinabalu ke Utara sejauh 29km. Alhamdulillah ... tak jauh sangat. banyak urusan mudah dibuat sebab dekat dengan Pejabat Pelajaran Negeri... Sembulan.

Hari itu hari Selasa... 5hb. Mei, 1993 (semak) hari Wesak. Sekolah cuti. Naik bas (van sebenarnya!) dan diturunkan di halaman sekolah. Mana ada orang. Cuti. Anjing banyak laaa...

Berehat sebentar di bawah pokok. Di halaman kuarters ini barulah disapa oleh beberapa orang... antaranya Cg. Empin Toliban, anak sulung Cg. Nancy (lupa pulak namanya dan dah jadi apa agaknya sekarang) dan beberapa orang pelajar dan berehat di asrama setelah diurus oleh Cikgu Liamin. Dengar khabar Cikgu Liamin dah jadi Guru Besar sekarang ni.

Apa khabar mereka semua sekarang ..... antara nama yang masih segar dalam ingatan .... Cikgu Danim, Azizan, Jaluli, ..... akan di sambung.... maaflah kalau tak semua dapat disenaraikan...