Showing posts with label Sejarah Perkhidmatan. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Perkhidmatan. Show all posts

Friday, June 5, 2009

SMK Sungai Karangan

Mac, 2009 hingga ........

Mendapat memo dan dipindahkan ke SMK Sungai Karangan, Padang Serai. Bertugas mulai 1 April, 2009. Berpeluang mengenali rakan-rakan baru. Semoga dapat menerokai banyak perkara baru yang baik semasa di sini. Rupanya jadi PK HEM pun susah hoi.... Tanggungjawab ni... ujiannya besar. Itu pun kalau nak bertanggungjawab laaa. Jika tidak?

SMK Junjong



Feb 2005 hingga Mac 2009.

Diamanahkan menjadi Penolong Kanan Kokurikulum. Satu bidang baru yang mencabar.. terpaksa menguruskan pelbagai jenis sukan dan permainan. Kalau setakat kelab dan persatuan rasanya oklah jugak. Tapi sukan.......? maklumlah saya bukan berminat sangat dengan aktiviti sukan ini... Menguruskan sukan ni satu cerita. Nak uruskan 'orang-orang' yang terlalu gilakan sukan satu cerita yang lain. Maklumlah, dah terlalu ........

Jadi, di sekolah yang ke-empat ini merupakan tempat yang paling banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan. Tempat yang banyak menguji erti kehidupan dalam kerjaya.

Dalam tempoh empat tahun, pelbagai karenah manusia dapat dilihat berkaitan dengan kerjaya ini. Jika dapat bermain, bukan main lagi.. kadang-kadang tu sampai hilang semangat kesukanan yang sebenar. Kadang-kadang tu, disebabkan terlalu nak menang macam-macam diusahakan. Nak menyertai sesuatu acara tu, satu cerita. Tapi kalau dah tak menang pulak, pelbagai alasan diberikan. dan yang selalunya .. pengadil dipersalahkan. Tak profesionallah, biaslah.. tapi sebenarnya latihan bukanlah bersungguh sangat dan jurulatihnya pun ....'hebat' dalam hal-hal yang tak sepatutnya pada masa itu. Kesannya? Pencapaiannya? Entah!

Semasa di sini ada kawan yang bagus. Sedia membantu setiap masa. Terima kasih... kerana boleh menjadi tempat berbicara dan berkongsi duka ..., ada yang mudah untuk bekerja Dan ada juga yang hanya boleh dijadikan kawan sekadar untuk berbicara, ada juga yang berkira-kira dengan pelbagai seribu cerita ..... ada burung-burung penghias taman pelengkap suasana. Sebenarnya di sini ada segalanya..... cukup citarasa.
Kepada kawan-kawan semua yang banyak membantu........., yang memahami..... teman berbicara semasa duka dan tempat gurau senda pengubat luka, terima kasih.... kerana sudi berada dalam ruang lingkup tersebut. Kalau tidak, lingkup!. Semoga laluan pengalaman ini mengandungi pelbagai hikmah dan menjadikan kita insan yang lebih kuat dan tabah pada masa mendatang. Insya'allah.

Terima kasih, kepada semua..... Semoga semua jasa baik kalian terus menjadi kenangan. Kepada yang lain, semoga jumpa lagi ...... tapi biarlah dalam suasana yang berlainan... apapun terima kasih kepada semua dan maaf dipinta..

SMK Taman Hi-Tech

Januari 2003 hingga Februari 2005.

Sebuah sekolah yang baru beroperasi. Januari 2003. Berkembar dengan sekolah rendah. tanpa sempadan yang jelas. Tanpa pagar! Agak unik. Didatangkan dengan 3 orang. Saya, En. Yatin Ismail dan En. Mohamad Tahir Wanik. Tanpa pelajar, tanpa staf, tanpa pembantu. Masa tu bulan Oktober...Menjadi Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah yang baru dibuka. Baru tahu, rupanya renyah untuk mula menguruskan sekolah ini. Masyarakat sekeliling, semuanya baru menetap di sini. Taman perumahan baru. Sebahagiannya bekerja di Kulim Hi-Tech Park. Mereka begitu teruja. Macam mereka tak pernah bersekolah pulak. Sedangkan apalah sangat dengan sekolah baru ini.. Semuanya nak tahu... bukan main lagi permintaannya.

Sesi baru bermula. 4 kelas tingkatan 1. Satu kelas Ting. 2 dan 3. Uniknya dapat pelajar yang sekolah lain tak mahu. (ting 2 dan 3). Sebahagian besar daripada tingkatan 2 dan 3 tidak boleh membaca dengan baik. Malahan ada yang tidak memahami bahasa Melayu. Kerja bersama Pn. Siti Zubaidah Haji Mohd Yassin (Pengetua). Rekod pencapaian PMR 2003 dan 2004 fahamlah. Tetapi PMR 2005 hebat! Syabas kepada semua, PMR mencatatkan rekod dimana hampir 10 orang dapat straight A's. Melopong sekolah-sekolah lain yang lebih senior, yang terlalu berbangga dengan kuantiti yang tiada berkualiti. Tetapi di sini tak lama. Sempat mengenali pelbagai watak. Benarlah kata sahabat lama semasa di universiti dahulu. "Kadang-kadang dalam hidup ini kita akan melihat pelbagai lakonan dalam pentas terbuka". Apapun segalanya adalah rencah yang menjadikan semuanya bertenaga dan kaya dengan pelbagai citarasa.

SMK Kulim

Jun 1999 hingga Disember 2002
Menyambung kerjaya di tempat baru. Buat pertama kalinya mengajar di Semenanjung selepas 6 tahun merantau... Entah mengapa semasa mengisi borang perpindahan dari Sabah, Kulim dan Sungai Petani yang menjadi pilihan. Alhamdulillah ditempatkan di Kulim.

Saya melaporkan diri di SMK Kulim. Orang yang pertama ditemui bagi tujuan melapor diri adalah Pn. Hajjah Sarifah Mustafar. PK Pentadbiran di SMKK pada masa itu... Kini beliau bertugas sebagai Pengetua di SMK Junjong.

Di sini satu pengalaman baru dapat dirasai. Setelah enam bulan di sekolah ini, saya diamanahkan menjadi warden. Jaga anak orang di asrama. Ada waktunya cukup tension. Maklumlah menjaga anak orang yang terdiri daripada pelbagai karenah .... ada waktunya indah sekali.

Pengalaman di sini....
i. Ketua Warden Asrama
ii. Ketua Panitia Pengajian Am.

Berjaya meletakkan asrama SMKK sebagai salah sebuah asrama 5 bintang di negeri Kedah. Dua tahun berturut-turut... 2001 dan 2002. Pada masa itu Cikgu A'rifah Abdul Kadir menjadi PK HEM. Seorang yang cukup memahami dan banyak membantu dan meletakan kepercayaan yang sewajarnya dalam mengendalikan tugasan ini.

SMK Badin, Tuaran

Mei 1993 hingga Mei 1999

Melapor diri sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) di SMK Badin, Tuaran. Sehingga kini, merupakan tempat yang paling lama bertugas dan tempat yang paling banyak kenangan manis untuk diingati. Berkhidmat bersama beberapa orang Pengetua. Antaranya:-

i. En. Zulkafly Othman ( sehingga 1994),
ii. En. Philip Botindal (Pemangku)
iii. En. Chin Tet Foh
iv. Pn. Julia Willie Jock
v. En. Abdul Hamid Manggong.

Pengalaman di sini:-
i. Setiausaha Peperiksaan PMR/SPM/STPM.
ii. Ketua Panitia Geografi
iii. Guru Kanan Bahasa

Semasa mula-mula bertugas didapati tak sampai 5 orang yang mendapat Pangkat 1 dan 2 dalam peperiksaan SPM. Terasa keanihan jika dibandingkan dengan pengalaman lampau semasa menjadi pelajar tentang sekolah-sekolah lain yang mengumpul sehingga 40 orang yang mendapat pangkat 1 dalam SPM. Setelah diteliti ..didapati ia berpunca daripada kurangnya pendedahan tentang syarat-syarat lulus dalam SPM. Strategi dirangka....., usaha dilipatgandakan.... Cikgu Philip pada masa itu, cukup menyokong... KRK dan RKA diperkenalkan.

Tahun 1995 rekod sekolah tercipta. Didapati bilangan yang mendapat pangkat 1 dan 2 dalam SPM mencecah 84 orang... Kelas Tingkatan 6 akhirnya terpaksa dibuka di Tuaran dan SMK Badin menjadi pilihan.