Wednesday, June 17, 2009

Remaja Masa Kini.

Remaja hari ini merupakan aset kepada negara pada masa akan datang... Kita sering didendangkan dengan ungkapan 'Jika kita ingin melihat bagaimana keadaan negara pada masa akan datang, maka lihatlah bagaimana remaja pada hari ini'. Perkataan bohsia, bohjan dan sebagainya pada masa dahului amat janggal bila mana disebut...,kerana ia membawa satu makna yang amat menjijikkan, tetapi pada hari ini ia sudah menjadi ungkapan biasa. Malahan kini jika kita meneliti perbualan remaja pada masa kini terdapat satu lagi ungkapan yang biasa didendangkan iaitu 'belen'.


Masalah-masalah lain sebenarnya bukan lagi asing... ianya terus berlaku, cuma bagi kebanyakan
masyarakat kini telah pun melihatnya sebagai satu perkara biasa. Umpamanya AIDS, HIV malahan anak-anak yang menjadi penagih satu masa dahulu ia menjadi satu perkara yang sangat mengaibkan kepada keluarga malahan menjadi malu kepada masrakat setempat. Tetapi pada hari ini ia sudah menjadi perkara biasa.


Sebenarnya terapat banyak punca terjadinya gejala ini. Dan terlalu kompleks untuk ianya diselesaikan. Kerjasama daripada pelbagai pihak semakin sukar untuk diharapkan. Malahan dalam banyak tindakan wang dan ringgit menjadi sasaran dan matlamat. Anak-anak terabai.


Tanggapan salah masyarakat semakin ketara bila mana berpegang kepada 'Hadis Melayu' . Contohnya, Biar Lambat Asal Selamat, Jangan Jaga Tepi Kain Orang dan macam-macam lagi ...... ini bercanggah dengan hadis Nabi s.a.w. antara lain bermaksud "barang siapa yang tidak mengambil berat tentang umatku maka ia bukan terdiri daripada golonganku". Ini bermaksud kita sepatutnya kena saling mengambil berat masalah saudara seagama. Dalam perkataan yang mudah kita kena jaga tepi kain orang. Dalam zaman lampau, masyarakat boleh menerima dan beranggapan anak jiran, anak sahabat sama macam anak sendiri. Hari ini? Tepuk dada tanyalah iman! Malahan lebih malang lagi apabila ibubapa kadang-kadang melenting bila mana perlakuan anak-anak ditegur oleh kenalan dan jiran.

Marilah kita mengubah sikap. Bantulah sesama kita dalam perkara-perkara kebajikan dan taqwa..


Di sebalik itu, janganlah pula kita melepaskan tanggung jawab kepada pihak lain semata-mata ... Kadang-kadang semua masalah, jalan penyelesaiannya diserahkan kepada sekolah. dan selalu kepada sekolah!! Kita perlu sedar dalam setahun terdapat 365 hari 6 jam. Ataupun terdapat 8766 jam. Sedarkah kita dalam setahun itu, anak-anak cuma ke sekolah sejumlah 190 hari, jika sehari masa anak-anak di sekolah cuma 8 jam! (7.30pagi -2.30 petang). Ini bermakna hanya 1520 jam daripada 8766 jam anak-anak kita dididik oleh pihak sekolah. Dilihat dalam peratus ianya hanya mencapai 17.34% daripada setahun. Selebihnya di mana?? Tanggungjawab siapa??
Mari sama-sama kita fikirkan. Carilah jalan yang sesuai.. Mula lah bertindak dalam keluarga , masyarakat dan kelompok -kelompok kecil di sekeliling kita..


Kepada ibu bapa, selalulah bertanya kemana perginya anak-anak ketika mereka hilang dari pandangan mata kita? Kepada anak-anak, maklumkanlah kepada ibu bapa ke mana kita akan pergi... dan siapa teman kita...
Anak-anak....., jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, sungguhpun kita tidak membelinya kita tetap dapat menikmati baunya yang harum. Jika kita menjadikan tukang besi sebagai teman, sedikit sebanyak percikan apinya akan merosakkan pakaian kita. Jadi pilihlah kawan yang baik kerana kebaikannya menjadikan nama kita turut disanjung. Sebaliknya jika bersama dengan kawan yang jahat, nama kita turut disebut .... Mari kita fikirkan...

No comments:

Post a Comment