Tuesday, August 25, 2009
Merdeka. Oh! Merdeka.
Friday, August 21, 2009
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
1.Sabda Rasulallah saw "Barangsiapa yang merasa gembira dengan kedatangan Ramadhan, mereka adalah golongan yang diharamkan dari api neraka."
2. Perkataan yang cantik "Allah," ; Lagu yang merdu "Azan,"; Novel yang menarik "Al-Qur'an," Senaman yang terbaik "Solat,"; Diet yang terbaik "Puasa."
3. Indahnya dunia hanya sementara. Indahnya nikmat hanya seketika. Indahnya mimpi, sesuatu yang tidak pasti. Indahnya Ramadhan, sukar dicari ganti......
Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik kepada semua berbanding dengan tahun-tahun yang telah berlalu. Biar permulaanya rahmat, pertengahannya keampunan dan berakhir dengan dibebaskan daripada api neraka. Amin....
Saturday, August 1, 2009
Mungkin Bermanfaat
2) KERETA TERKUNCI - Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan sistem penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ¡ ON ¢ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada....Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
Friday, July 31, 2009
Kehebatan Cinta Rasulallah (s.a.w)
Salam Buat Teman
Di sini segala topik jadi isu untuk dibincangkan dari soal berumah tangga hinggalah isu-isu negara. Minat pelbagai teman turut berbeza-beza. tapi yang paling dominan nasyid.. ada tekong yang hebat. bermula dengan petandingan nasyid antara kolej anjuran HEP hinggalah menganjurkan konsert sendiri... Konsert Kesedaran Islam di DTC. Kumpulan nasyid yang merakamkan album tidak macam sekarang... Kumpulan nasyid kontemporari yang ada pada penghujung tahun 1980-an dan awal 1990-an hanyalah Nada Murni terbitan OVA Productions.
Ada kawan-kawan yang akan mendendangkan lirik-lirik nasyid tatkala bersama. Antara liriknya :-
Inilah sifat mukmin yang bertakwa ...... yang jiwanya sentiasa dengan tuhannnya... Marilah bersama kita memiliki sifat yang terpuji lagi diredhai
Lirik lain:-
Di akhir zaman yang paling jahat..... ulamak yang memandang dunia .... tabiatnya busuk bak bau bangkai... siapa tercium kan mati jiwanya.
Tatkala bersendirian... sesekali teringat kawan-kawan yang telah maembawa diri masing-masing dengan kerjaya yang pelbagai.
apa pun kepada semua teman-teman, semoga kalian sejahtera selalu.... sekadar beberapa nama untuk dicoretkan di sini... Wan Nazaruddin, Tazilan Mokhtar, Fakhrul Anwar, Sabri Hussin(abang besaq), Ujang Hafiz (roomate), Zamri Md Isa, Norizan Taifor (tekong), Faizal Mohd Isa dll. moga berkempatan dan bersua kembali......
Sunday, July 26, 2009
Merokok. Di Mana Bermula?
Anak-anak seawal umur 10 tahun sudah mula merokok. Merokoknya mereka merupakan sesuatu yang ditaja oleh orang dewasa. Majlis Kenduri Perkahwinan. Rokok diselitkan di celah telinga sama ada sambil membasuh pinggan atau sambil mengelap meja dan mengangkat hidangan. Rokok menjadi umpan yang sangat berkesan bagi mendapatkan tenaga kerja mereka. Jika tiada rokok mereka tidak mahu membantukah? Entahlah! Pada hari tersebut lesen besar diberikan.
Secara jujurnya anak-anak remaja yang berumur 17 tahun atau seawal daripada itu .. semasa sesi sembang-sembang sama ada 5 atau 6 tahun yang dulu.. mahu pun setahun dua ini mengakui dan mereka memberikan jawapan yang sama!!! Walaupun mereka ini datang dari kampung dan pekan yang sedikit berbeza. Budaya masyarakat di sini mungkin? Mereka mula merokok ketika berusia 10 hingga 12 tahun. dan di majlis itulah ia bermula. Pada masa tersebut tidak ada yang melarang, mak ayah tak kisah. ”Apa salahnya, sesekali. Majlis kenduri”, katanya. ”Kenduri..., perkara biasa la tu”, tambahnya lagi. Sebenarnya melalui tindakan sedemikian... anak-anak mula berjinak dengan rokok.
Pada peringkat permulaan semasa mula berjinak-jinak, sehari mungkin 2 hingga 3 batang. Pagi, tengahari dan petang. Selepas makan-makan. Malam dikira lain. Kerap melepak, berkumpul dengan kawan-kawan itu dikira tambahan. Itu hanya pada peringkat cuba-cuba. Sebenarnya, kemahiran itu (?) cukup cepat dikuasai.. dalam masa 2 atau 3 hari ia menjadi kebiasaan dan seterusnya menjadi amalan yang sukar diberhentikan. Istilah mudah.. ... Ketagih.
Hari ini, walaupun tiada kajian khusus dilakukan, ramai anak-anak lelaki tatkala berada dalam tahun pertama di sekolah menengah dalam usia 13 tahun, 10 yang ditanya... selalunya hanya 2 yang mengatakan tidak merokok. Cuba bayangkan, bagaimana dalam tempoh lima tahun di sekolah menengah. Adakah bilangan 2 itu begitu kebal untuk bertahan? Bila ditanya di mana dan bila? Jawapan adalah sama. Majlis Kenduri Kendara!!!
Sampai bila mereka akan diumpan bagi mendapatkan tenaga? Tidak adakah cara lain bagi membolehkan mereka membantu? Kenapa mereka dirasuahkan dengan begitu cara?
Marilah kita lakukan sesuatu... tukar cara... cukuplah merasuahkan mereka dengan sebatang dua rokok semata-mata ingin mendapatkan tenaga mereka dengan harga yang murah.
Sunday, July 12, 2009
Menumpang Hidup.



Semua makhluk yang hidup bernyawa, mana mungkin boleh hidup bersendirian. Semuanya saling perlu memerlukan. Pokok-pokok, haiwan mahupun manusia semuanya hidup saling bergantung. Sama ada sesama kelompok mahupun bergantung hidup kepada kumpulan yang lain.
Cuba kita perhatikan pokok-pokok kecil yang menumpang hidup di pokok besar ini.. Pada sebatang pokok kelapa sawit, terdapat banyak pokok-pokok kecil yang hidup menumpang. Begitu juga pada pokok-pokok besar yang lain. Malahan mungkin juga ada haiwan yang menjadikan pokok ini sebagai habitat tempat berlindung.
Pokok-pokok yang hidup menumpang ini ada yang ada yang membawa manfaat kepada pokok asal yang ditumpang. Umpama membantu menyimpan air dan membekalkannya makanan kepada pokok asal yang ditumpang. Keadaan pokok yang menumpang sedemikian bersifat epifit. Sama-sama memperolehi manfaat dan sama-sama beruntung.... Apa yang penting kerjaaaaaaa sama!!,
i. epifit (menguntungkan diri sendiri dan memberi manfaat kepada pokok yang ditumpanginya).
ii. saprofit (tidak bermanfaat kepada pokok asal dan tidak juga merosakkan pokok yang ditumpanginya), dan;
iii. parasit (hanya menguntungkan diri sendiri tetapi merosakkan pokok asal yang ditumpanginya),
Mari fikirkan.... sebarang institusi tempat kita berada adalah umpama sepohon pokok besar. Kita adalah pokok-pokok kecil yang menumpang hidup kepadanya. Dalam kategori manakah kita ??? Manfaat kepada kita sudah pasti. Tetapi bagaimana kita kepada pokok yang kita tumpang??
Adakah kita menjadi parasit yang merosakkan institusi? Atau epifit yang mampu melonjak mengharumkan nama. Jika tidak mampu untuk mengharumkan jangan sampai merosakkan!!! Duduklah diam-diam sebagai saprofit.
Wednesday, June 24, 2009
kisah teladan
Saturday, June 20, 2009
Selamat Datang - Rejab
Sama samalah kita ingat mengingati amalan mulia yang penuh berkat ini………. BULAN REJAB Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab.. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita menghayati apakah kelebihan bulan ini. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:-
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia
mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt.
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt.
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat.
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insya'Allah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt. InsyaAllah.
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibril a.s. "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dalam bulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."
Wednesday, June 17, 2009
Remaja Masa Kini.
Marilah kita mengubah sikap. Bantulah sesama kita dalam perkara-perkara kebajikan dan taqwa..