Tuesday, June 30, 2009

Salam Tahniah

Assalamualaikum,

Dalam kesempatan yang terbatas ini saya ingin mengucapkan salam tahniah kepada semua rakan-rakan yang terlibat dalam rombakan dan penyusunan pegawai-pegawai kanan sekolah daerah Kulim Bandar Baharu.
Kepada yang menerima, terimalah mereka seadanya. manakala yang bergerak ke tempat baru... semoga anda diraikan dan mendapat kerjasama yang sewajarnya... buatlah sesuatu yang terbaik . Utamakan tugas dan rujuklah panduan yang termaktub bilamana menemui jalan buntu. Juga jadikan rakan-rakan yang hampir dengan kita sebagai tempat rujukan. dengarnya Junjong dah dapat pkkk baru.
sekian, semoga terus berjaya.... ewaaah. macam bagus plak...

Sunday, June 28, 2009

Fikir-Fikir


Ketahuilah ......

1. Jika anda berbuat baik terhadap orang lain, sebenarnya anda telah berbuat paling baik terhadap diri sendiri.

Akuilah .........

2. Sumbangan yang terbaik bagi kemanusiaan adalah membantu orang lain supaya mereka dapat menolong diri sendiri.

Marilah ........

3. Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.

Wednesday, June 24, 2009

Penghargaan

Penghargaan buat semua, tapi maaflah jika terlambat, namun ia bukan bermakna lupa.............




















Semua orang yang kita kenal pasti pernah menggembirakan kita. Walaupun hanya seketika. Paling tidak, sesekali tentu pernah memberikan senyuman. Ini sebenarnya cukup untuk menjadikan kita berasa senang. Walaupun hanya sekadar pada seketika. Kepada semua, anda pernah berjasa!! Anda pernah menjadikan saya bergembira.... , terima kasih kepada semua.... Semoga kalian bahagia dan sejahtera selalu...

Pasukan kompang yang sedia menerima tempahan bagi majlis .... sahaja!















Kepada pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas (2008/09), SMK Junjong, semoga kalian terus mencipta sejarah peribadi yang gemilang!!!.. Perjalanan kita masih jauh, teruskan berjuang...
Buat teman-teman yang lain... Terima kasih semua, semoga jumpa lagi.

kisah jantung

Jantung*~
Saya akan cerita serba sedikit tentang jantung. Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung ini. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). Jantung amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.Sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri.. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan. Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah. Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati. Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad. Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal. Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jatung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat. Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.HARGAILAH JANTUNG ANDA.....WASSALAM...

kisah teladan

Kisah ini adalah sedutan daripada email yang diterima pada 1 rejab 1430H. Dipersembahkan semula di blog ini, sebagai koleksi peribadi dan boleh dikongsikan bersama. Semoga pemilik asalnya terus dalam rahmat yang maha berkuasa....



Terjemahan Surah Al Ikhlas agar kita dapat menghayati sepenuhnya.

1. Katakanlah (wahai Muhammad); “ (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3. ’Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

4. “Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya”.



Sekadar menyampaikan. ...... Pesanan terbaik dari seorang rakan....


Assalamualaikum, Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga..


Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.




Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.




Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.




Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'. Betul juga, fikir saya.



Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.




Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup..




Kedua, kekuatan hati Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa.. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.




Ketiga, kuat fizikal Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.


Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.

Tuesday, June 23, 2009

Ancaman & Ugutan Itu.

Beberapa tahun dulu, kami sering mendengar ungkapan "Saya tidak teragak-agak ..., saya ingin memberi amaran keras ..., saya akan ...... dan macam-macam lagi saya.... Ungkapan kosong, tidak bernilai! Diungkap dalam konteks yang selalu tidak kena. Akhirnya...? Ungkapan tersebut tidak kemana-mana. Senyap. Tiada tindakan yang sewajarnya.. jika adapun hanyalah kepada mereka yang tidak bermaya dan tidak sepatutnya kita berbangga kerana dapat menang ke atas mereka. ataupun berbangga menunjukkan lagak kita menang renang ke atas lawan yang diikat tangan semasa berenang.

Semalam lebih kurang 8.XX malam, (22hb.Jun, 2009) ungkapan itu kedengaran lagi. "Saya akan mengambil tindakan tegas..... ", "Saya ingin memberi amaran..." dan kita akan terus sama-sama mendengar nanti. Tapi sampai bila ? harap tak lama .... Retorik-retorik lama yang hanya retorik!! Jika dulu audien dan tujunya kepada kelompok tertentu tapi kali ini dihalakan kepada kelompok yang lebih besar dan besar impaknya kepada kita(?).
Malangnya suara itu hanya akan kedengaran semasa berada bersama 'mentor' atau berlindung di sebalik ..... di padang rata lain bunyinya. tempat yang sepatutnya bertindak tidak pula berbuat sesuatu.. hanya berani mengaum... akhirnya kami mendengar lagi ngauman itu berbunyi. malangnya ngauman itu hanyalah umpama dari harimau tua yang tidak bergigi. Hahahahaaaaaa. Faham ke?

Saturday, June 20, 2009

kejiranan

malam ni, mesyuarat lagi... mesyuarat kali pertama bagi sesi 2009/2011. sesekali fikir apa gunanya persatuan? nampak tak ada persatuan pun kehidupannya ok. tapi demi masyarakat dan hidup bermasyarakat, dengan persatuan itu, ukhuwah lebih terasa. jika difikirkan sibuk semua orang sibuk. tetapi demi persatuan dan ukhwah .. walaupun sibuk kami ada masa untuk itu.. lebih manis lagi jika ada mesyuarat, surau jadi lebih meriah. jemaahnya ramai. mesyuarat diadakan di surau. pelbagai maklumat dapat kongsikan pada hari itu...

banyak perkara diberikan perhatian. dibincang demi kesejahteraan bersama. masalah yang ketara ialah tidak semua merasa apa yang kami rasa. tidak semua berharap sama seperti yang kami harap. kita sering bersikap acuh tak acuh. mementingkan diri sendiri. akhirnya masalah yang kecil pun sukar untuk diatasi. takkanlah cara buang sampah pun tidak tau untuk diurus. masalah-masalah. inilah masalah.

Selamat Datang - Rejab

Assalamualaikum,
Saya ingin berkongsikan maklumat yang diterima daripada teman-teman melalui e-mail berkaitan dengan kelebihan dan kemuliaan Rejab.

Sama samalah kita ingat mengingati amalan mulia yang penuh berkat ini………. BULAN REJAB Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab.. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita menghayati apakah kelebihan bulan ini. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:-

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia
mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt.

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt.

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat.

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insya'Allah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt. InsyaAllah.

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibril a.s. "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dalam bulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."
Semoga maklumat ini menjadikan kita lebih berusaha memanfaat kemuliaan bulan ini yang datangnya hanya sekali dalam setahun.. juga semoga rahmat Allah dan barakahnya dapat dirasai. Insya'allah.

Wednesday, June 17, 2009

Remaja Masa Kini.

Remaja hari ini merupakan aset kepada negara pada masa akan datang... Kita sering didendangkan dengan ungkapan 'Jika kita ingin melihat bagaimana keadaan negara pada masa akan datang, maka lihatlah bagaimana remaja pada hari ini'. Perkataan bohsia, bohjan dan sebagainya pada masa dahului amat janggal bila mana disebut...,kerana ia membawa satu makna yang amat menjijikkan, tetapi pada hari ini ia sudah menjadi ungkapan biasa. Malahan kini jika kita meneliti perbualan remaja pada masa kini terdapat satu lagi ungkapan yang biasa didendangkan iaitu 'belen'.


Masalah-masalah lain sebenarnya bukan lagi asing... ianya terus berlaku, cuma bagi kebanyakan
masyarakat kini telah pun melihatnya sebagai satu perkara biasa. Umpamanya AIDS, HIV malahan anak-anak yang menjadi penagih satu masa dahulu ia menjadi satu perkara yang sangat mengaibkan kepada keluarga malahan menjadi malu kepada masrakat setempat. Tetapi pada hari ini ia sudah menjadi perkara biasa.


Sebenarnya terapat banyak punca terjadinya gejala ini. Dan terlalu kompleks untuk ianya diselesaikan. Kerjasama daripada pelbagai pihak semakin sukar untuk diharapkan. Malahan dalam banyak tindakan wang dan ringgit menjadi sasaran dan matlamat. Anak-anak terabai.


Tanggapan salah masyarakat semakin ketara bila mana berpegang kepada 'Hadis Melayu' . Contohnya, Biar Lambat Asal Selamat, Jangan Jaga Tepi Kain Orang dan macam-macam lagi ...... ini bercanggah dengan hadis Nabi s.a.w. antara lain bermaksud "barang siapa yang tidak mengambil berat tentang umatku maka ia bukan terdiri daripada golonganku". Ini bermaksud kita sepatutnya kena saling mengambil berat masalah saudara seagama. Dalam perkataan yang mudah kita kena jaga tepi kain orang. Dalam zaman lampau, masyarakat boleh menerima dan beranggapan anak jiran, anak sahabat sama macam anak sendiri. Hari ini? Tepuk dada tanyalah iman! Malahan lebih malang lagi apabila ibubapa kadang-kadang melenting bila mana perlakuan anak-anak ditegur oleh kenalan dan jiran.

Marilah kita mengubah sikap. Bantulah sesama kita dalam perkara-perkara kebajikan dan taqwa..


Di sebalik itu, janganlah pula kita melepaskan tanggung jawab kepada pihak lain semata-mata ... Kadang-kadang semua masalah, jalan penyelesaiannya diserahkan kepada sekolah. dan selalu kepada sekolah!! Kita perlu sedar dalam setahun terdapat 365 hari 6 jam. Ataupun terdapat 8766 jam. Sedarkah kita dalam setahun itu, anak-anak cuma ke sekolah sejumlah 190 hari, jika sehari masa anak-anak di sekolah cuma 8 jam! (7.30pagi -2.30 petang). Ini bermakna hanya 1520 jam daripada 8766 jam anak-anak kita dididik oleh pihak sekolah. Dilihat dalam peratus ianya hanya mencapai 17.34% daripada setahun. Selebihnya di mana?? Tanggungjawab siapa??
Mari sama-sama kita fikirkan. Carilah jalan yang sesuai.. Mula lah bertindak dalam keluarga , masyarakat dan kelompok -kelompok kecil di sekeliling kita..


Kepada ibu bapa, selalulah bertanya kemana perginya anak-anak ketika mereka hilang dari pandangan mata kita? Kepada anak-anak, maklumkanlah kepada ibu bapa ke mana kita akan pergi... dan siapa teman kita...
Anak-anak....., jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, sungguhpun kita tidak membelinya kita tetap dapat menikmati baunya yang harum. Jika kita menjadikan tukang besi sebagai teman, sedikit sebanyak percikan apinya akan merosakkan pakaian kita. Jadi pilihlah kawan yang baik kerana kebaikannya menjadikan nama kita turut disanjung. Sebaliknya jika bersama dengan kawan yang jahat, nama kita turut disebut .... Mari kita fikirkan...

Friday, June 5, 2009

Pokok Tiin Di Malaysia.


Gambar ini diambil semasa lawatan muhibbah A5Bintang ke SABK Sungai Dingin, Mahang tahun 2006 (?). Pokok di bahagian belakang dalam gambar adalah pokok Tiin. Kebanyakkan buahnya hampir mencecah tanah. Berbuah di pangkal.


Buahnya mengandungi pelbagai khasiat.... Apa lagi ya?? Cuba kita kongsikan!!

SMK Sungai Karangan

Mac, 2009 hingga ........

Mendapat memo dan dipindahkan ke SMK Sungai Karangan, Padang Serai. Bertugas mulai 1 April, 2009. Berpeluang mengenali rakan-rakan baru. Semoga dapat menerokai banyak perkara baru yang baik semasa di sini. Rupanya jadi PK HEM pun susah hoi.... Tanggungjawab ni... ujiannya besar. Itu pun kalau nak bertanggungjawab laaa. Jika tidak?

SMK Junjong



Feb 2005 hingga Mac 2009.

Diamanahkan menjadi Penolong Kanan Kokurikulum. Satu bidang baru yang mencabar.. terpaksa menguruskan pelbagai jenis sukan dan permainan. Kalau setakat kelab dan persatuan rasanya oklah jugak. Tapi sukan.......? maklumlah saya bukan berminat sangat dengan aktiviti sukan ini... Menguruskan sukan ni satu cerita. Nak uruskan 'orang-orang' yang terlalu gilakan sukan satu cerita yang lain. Maklumlah, dah terlalu ........

Jadi, di sekolah yang ke-empat ini merupakan tempat yang paling banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan. Tempat yang banyak menguji erti kehidupan dalam kerjaya.

Dalam tempoh empat tahun, pelbagai karenah manusia dapat dilihat berkaitan dengan kerjaya ini. Jika dapat bermain, bukan main lagi.. kadang-kadang tu sampai hilang semangat kesukanan yang sebenar. Kadang-kadang tu, disebabkan terlalu nak menang macam-macam diusahakan. Nak menyertai sesuatu acara tu, satu cerita. Tapi kalau dah tak menang pulak, pelbagai alasan diberikan. dan yang selalunya .. pengadil dipersalahkan. Tak profesionallah, biaslah.. tapi sebenarnya latihan bukanlah bersungguh sangat dan jurulatihnya pun ....'hebat' dalam hal-hal yang tak sepatutnya pada masa itu. Kesannya? Pencapaiannya? Entah!

Semasa di sini ada kawan yang bagus. Sedia membantu setiap masa. Terima kasih... kerana boleh menjadi tempat berbicara dan berkongsi duka ..., ada yang mudah untuk bekerja Dan ada juga yang hanya boleh dijadikan kawan sekadar untuk berbicara, ada juga yang berkira-kira dengan pelbagai seribu cerita ..... ada burung-burung penghias taman pelengkap suasana. Sebenarnya di sini ada segalanya..... cukup citarasa.
Kepada kawan-kawan semua yang banyak membantu........., yang memahami..... teman berbicara semasa duka dan tempat gurau senda pengubat luka, terima kasih.... kerana sudi berada dalam ruang lingkup tersebut. Kalau tidak, lingkup!. Semoga laluan pengalaman ini mengandungi pelbagai hikmah dan menjadikan kita insan yang lebih kuat dan tabah pada masa mendatang. Insya'allah.

Terima kasih, kepada semua..... Semoga semua jasa baik kalian terus menjadi kenangan. Kepada yang lain, semoga jumpa lagi ...... tapi biarlah dalam suasana yang berlainan... apapun terima kasih kepada semua dan maaf dipinta..

SMK Taman Hi-Tech

Januari 2003 hingga Februari 2005.

Sebuah sekolah yang baru beroperasi. Januari 2003. Berkembar dengan sekolah rendah. tanpa sempadan yang jelas. Tanpa pagar! Agak unik. Didatangkan dengan 3 orang. Saya, En. Yatin Ismail dan En. Mohamad Tahir Wanik. Tanpa pelajar, tanpa staf, tanpa pembantu. Masa tu bulan Oktober...Menjadi Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah yang baru dibuka. Baru tahu, rupanya renyah untuk mula menguruskan sekolah ini. Masyarakat sekeliling, semuanya baru menetap di sini. Taman perumahan baru. Sebahagiannya bekerja di Kulim Hi-Tech Park. Mereka begitu teruja. Macam mereka tak pernah bersekolah pulak. Sedangkan apalah sangat dengan sekolah baru ini.. Semuanya nak tahu... bukan main lagi permintaannya.

Sesi baru bermula. 4 kelas tingkatan 1. Satu kelas Ting. 2 dan 3. Uniknya dapat pelajar yang sekolah lain tak mahu. (ting 2 dan 3). Sebahagian besar daripada tingkatan 2 dan 3 tidak boleh membaca dengan baik. Malahan ada yang tidak memahami bahasa Melayu. Kerja bersama Pn. Siti Zubaidah Haji Mohd Yassin (Pengetua). Rekod pencapaian PMR 2003 dan 2004 fahamlah. Tetapi PMR 2005 hebat! Syabas kepada semua, PMR mencatatkan rekod dimana hampir 10 orang dapat straight A's. Melopong sekolah-sekolah lain yang lebih senior, yang terlalu berbangga dengan kuantiti yang tiada berkualiti. Tetapi di sini tak lama. Sempat mengenali pelbagai watak. Benarlah kata sahabat lama semasa di universiti dahulu. "Kadang-kadang dalam hidup ini kita akan melihat pelbagai lakonan dalam pentas terbuka". Apapun segalanya adalah rencah yang menjadikan semuanya bertenaga dan kaya dengan pelbagai citarasa.

SMK Kulim

Jun 1999 hingga Disember 2002
Menyambung kerjaya di tempat baru. Buat pertama kalinya mengajar di Semenanjung selepas 6 tahun merantau... Entah mengapa semasa mengisi borang perpindahan dari Sabah, Kulim dan Sungai Petani yang menjadi pilihan. Alhamdulillah ditempatkan di Kulim.

Saya melaporkan diri di SMK Kulim. Orang yang pertama ditemui bagi tujuan melapor diri adalah Pn. Hajjah Sarifah Mustafar. PK Pentadbiran di SMKK pada masa itu... Kini beliau bertugas sebagai Pengetua di SMK Junjong.

Di sini satu pengalaman baru dapat dirasai. Setelah enam bulan di sekolah ini, saya diamanahkan menjadi warden. Jaga anak orang di asrama. Ada waktunya cukup tension. Maklumlah menjaga anak orang yang terdiri daripada pelbagai karenah .... ada waktunya indah sekali.

Pengalaman di sini....
i. Ketua Warden Asrama
ii. Ketua Panitia Pengajian Am.

Berjaya meletakkan asrama SMKK sebagai salah sebuah asrama 5 bintang di negeri Kedah. Dua tahun berturut-turut... 2001 dan 2002. Pada masa itu Cikgu A'rifah Abdul Kadir menjadi PK HEM. Seorang yang cukup memahami dan banyak membantu dan meletakan kepercayaan yang sewajarnya dalam mengendalikan tugasan ini.

SMK Badin, Tuaran

Mei 1993 hingga Mei 1999

Melapor diri sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) di SMK Badin, Tuaran. Sehingga kini, merupakan tempat yang paling lama bertugas dan tempat yang paling banyak kenangan manis untuk diingati. Berkhidmat bersama beberapa orang Pengetua. Antaranya:-

i. En. Zulkafly Othman ( sehingga 1994),
ii. En. Philip Botindal (Pemangku)
iii. En. Chin Tet Foh
iv. Pn. Julia Willie Jock
v. En. Abdul Hamid Manggong.

Pengalaman di sini:-
i. Setiausaha Peperiksaan PMR/SPM/STPM.
ii. Ketua Panitia Geografi
iii. Guru Kanan Bahasa

Semasa mula-mula bertugas didapati tak sampai 5 orang yang mendapat Pangkat 1 dan 2 dalam peperiksaan SPM. Terasa keanihan jika dibandingkan dengan pengalaman lampau semasa menjadi pelajar tentang sekolah-sekolah lain yang mengumpul sehingga 40 orang yang mendapat pangkat 1 dalam SPM. Setelah diteliti ..didapati ia berpunca daripada kurangnya pendedahan tentang syarat-syarat lulus dalam SPM. Strategi dirangka....., usaha dilipatgandakan.... Cikgu Philip pada masa itu, cukup menyokong... KRK dan RKA diperkenalkan.

Tahun 1995 rekod sekolah tercipta. Didapati bilangan yang mendapat pangkat 1 dan 2 dalam SPM mencecah 84 orang... Kelas Tingkatan 6 akhirnya terpaksa dibuka di Tuaran dan SMK Badin menjadi pilihan.

Taman St. John, Tuaran

Selepas waktu asar.... Dihantar oleh Cikgu Liamin, naik Lancer ke Taman St. John, ketika itu hujan rintik-rintik.. Sampai di rumah... Ust. Bakar sedang menggunting rambut Ust Rahim... Ariffin pun ada di rumah pada masa itu.

Hampir sebulan diraikan kerana kata mereka sudah 4 tahun cikgu Semenanjung tidak dipostingkan di Tuaran. Di sini saya mula mengenali ramai cikgu-cikgu senior semenanjung di Tuaran... Sekadar beberapa nama dicoretkan di sini... En. Azizan, En. Taulani Tumiran, Ust. Majid, Cikgu Latif & Ust. Amanisah, En. Nazri, Haji Halim, Ust Rahim, Cikgu Faiz, Cikgu Malik Mohd Noh dan ...... ada lagi. Ada yang bertugas di SMK Badin, SM St. John dan ramai juga menjadi pensyarah Maktab Perguruan Kent, Tuaran. Kemesraan dalam kalangan mereka amat terasa. Bila jauh daripada keluarga semua yang dekat bagaikan saudara...

Hampir setiap hujung minggu jamuan dari rumah ke rumah diadakan. Kata mereka, meraikan guru baru yang datang.. terasa amat dihargai. terima kasih kepada semua... antara yang menyambut dengan kenduri ialah Cikgu Halim, Cikgu Azizan, Ustazah Amanisah & Cikgu Latif, Cikgu Malik, Ustaz Rahim ... kepada mereka semua ... terima kasih. Jasa kalian akan terus di kenang.

Thursday, June 4, 2009

Hari-Hari Awal Di Sabah

Kami di tempatkan di Kompleks Sukan Likas... 2 atau 3 hari di situ. Esoknya bangun awal pagi. Masa tu jam 5.XX pagi. Rasanya sangat awal. Mandi sepuas-puasnya dan bila selesai mandi tengok di luar sangat terang. Alamak macam mana waktu subuh. Matahari dah meninggi rupanya. Barulah tau ... Sebenarnya jam 4.XX pagi waktu subuh dah masuk. Jam 6.00 waktu dah pun habis.... Di sini kalau masih biasa dengan waktu di Semenanjung... alamat subuh gajah la.... Hari terakhir di Kompleks Sukan ... surat-surat penempatan diedarkan... Satu demi satu nama dipanggil dan surat penempatan diterima... yang ke Sandakan, Tawau atau Labuan surat penempatan turut disertai tiket naik belon... terbang lagi! Ada yang seronok tetapi ramai yang mengeluh. Saya di tempatkan di SMK Badin, Tuaran. Dari Kota Kinabalu ke Utara sejauh 29km. Alhamdulillah ... tak jauh sangat. banyak urusan mudah dibuat sebab dekat dengan Pejabat Pelajaran Negeri... Sembulan.

Hari itu hari Selasa... 5hb. Mei, 1993 (semak) hari Wesak. Sekolah cuti. Naik bas (van sebenarnya!) dan diturunkan di halaman sekolah. Mana ada orang. Cuti. Anjing banyak laaa...

Berehat sebentar di bawah pokok. Di halaman kuarters ini barulah disapa oleh beberapa orang... antaranya Cg. Empin Toliban, anak sulung Cg. Nancy (lupa pulak namanya dan dah jadi apa agaknya sekarang) dan beberapa orang pelajar dan berehat di asrama setelah diurus oleh Cikgu Liamin. Dengar khabar Cikgu Liamin dah jadi Guru Besar sekarang ni.

Apa khabar mereka semua sekarang ..... antara nama yang masih segar dalam ingatan .... Cikgu Danim, Azizan, Jaluli, ..... akan di sambung.... maaflah kalau tak semua dapat disenaraikan...

Pengalaman Perjalanan Kerjayaku

Segalanya bermula pada Mei, 1993. Terharu bilamana di'posting'kan bertugas di Sabah.. antara nak pergi ataupun tidak. Ramai kawan serumah sedang menanti-nanti surat tawaran. Aku merahsiakan surat tawaran itu... jika tidak ... tentulah menjadi sasaran sindiran, menakut-nakutkan .... dan entah apa-apa lagi... Maklumlah satu bumi yang sangat asing dan jauh bagi teman-teman serumah semasa menyiapkan Dip. Ed di UM pada ketika itu.. Selang beberapa hari hari, seorang demi seorang turut menadapat berita penempatan. Uniknya ke Sabah. Jika tidak pun Sarawak! Apa lagi gemparlah. Semuanya pakat saling mengusik. Jauh, lambat kahwin, tak balik, naik belon dan macam-macam istilah lagi. Pada masa tu.. kadang-kadang usikan mereka sangat terasa sensitifnya. Maklumlah ramai. Tentu pelbagai karenahnya. Kalau tak tahan, memang tak tahan. Kadang-kadang saya turut menambah..
Tetapi soal penempatan saya masih menjadi rahsia. Bila ditanya saya jawab belum terima lagi. Betullah! sebabnya saya memang belum terima surat lagi. Surat tu di alamat ke kampung. Sedangkan kami di Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam. Kemudian ramai-ramai berpakat untuk membeli beg besar. Saya turut menggalakkan agar bersegera membeli. Bimbang stok habis. Saya sudi meneman dan memboncengkan kawan. Naik Suzuki RC80 pada masa tu. Kawan-kawan asyik memilih beg. Saya turut membeli. Bila ditanya, saya menjawab memang nak guna. Walau pun postingnya di mana sekalipun.
Dah sampai rumah sewa, saya pun bagi tau ... sebenarnya saya dipostingkan ke Sabah dan saya adalah orang yang paling awal dapat khabar penempatan tersebut. Tak sangka pulak jadi sasaran kutukan ramai! Bukan main lagi mereka. Tapi apa yang boleh mereka kata sangat... sebabnya semuanya sama... Sabah dan Sarawak...
Kepada kawan-kawan serumah dan yang lainnya, saya berdoa semoga kalian semua sejahtera serta berbahagia dan berjaya dalam ujian kehidupan ini dan seterusnya .... Zamri dan Syed di Pahang, Kudin, Pok Cik Zaki di Terengganu, Daud Abu Yamin di Johor, Ustaz Mohd Noor Ismail di mana ya? Lost contact. Juga teman kenalan yang lain.. Azhar, Zaki di Terengganu. Aziz Rasul dan Hidzer (Siti Fatimatu.. ) di Melaka, Mazlan Sariyo di Johor, Ahamad Hussin pembesar Buku Teks di Kementerian di Putera Jaya, Wan Khairuddin di Pokok Sena, Zaidi terbuang di Baling dan ramai lagi.. Semoga kita diketemukan semula .....